Empayar Suci Rom
Empayar Suci Rom

Empayar Suci Rom

Laman ini adalah mengenai empayar Jermanik. Untuk empayar purba berpusat di Rom, sila lihat Empayar Rom.Empayar Suci Rom (Bahasa Latin: Imperium Romanum Sacrum / ɪmˈpɛɾɪʊm roˈmɑːnʊm ˈsakrʊm/) ialah penyatuan tanah yang didiami oleh puak-puak Jermanik sekitar Eropah Tengah sewaktu Zaman Pertengahan sehingga 1806. Empayar ini dikuasai oleh Maharaja-maharaja Suci Rom yang berketurunan Jerman. Nama ini datang daripada kegemaran penguasa-penguasa zaman pertengahan menyambung tradisi purba Empayar Rom dan mengesahkan kekuasaannya itu sebagai kehendak suci Tuhan dalam pengertian agama Kristian.Empayar ini mula ditubuhkan pada abad ke-10 di bawah Dinasti Otto yang berasal dari bekas Empayar Frank Timur. Penamaan asalnya iaitu Sacrum Imperium (Empayar Suci) dilakukan pada tahun 1157, Nama kerajaan tersebut dikembangkan menjadi Sacrum Romanum Imperium (Romanum daripada Bahasa Latin bermaksud 'yang berkaitan dengan Rom') pada tahun 1254. Sejak abad ke-15, nama rasmi kerajaan tersebut menjadi Sacrum Romanum Imperium Nationis Germanicæ (Empayar Suci Rom bagi Bangsa Jerman). Atas faktor sifat-sifatnya yang memang merentas bangsa dari awal-awal lagi, empayar ini tidak berkembang menjadi satu negara bangsa seperti yang wujud sekarang. Yang wujud ialah satu struktur sistem beraja yang berpengaruh luas yang merangkumi maharaja dan negeri-negeri jajahannya tanpa mempunyai institusi-institusi empayar yang sama. Sempadan empayar ini berubah-ubah pada setiap kurun. Pada waktu puncaknya empayar ini meliputi hampir seluruh kawasan Eropah Tengah dan juga Selatan.Sejak permulaan Era Baru, empayar ini dari segi strukturnya tidak lagi mampu mengetuai serangan, meluaskan pengaruruh dan sempadannya dengan baik. Lantas fungsi asasnya ditukar kepada memberi perlindungan dan menjaga keamanan. Empayar ini menjamin keseimbangan dan penyelesaian perselisihan secara aman dengan pembendungan dinamik sesebuah kuasa. Berikutan kemasukan negeri-negeri jiran yang membayar ufti ke dalam perlembagaannya sejak 1648, empayar ini memenuhi fungsinya sebagai penjamin keamanan dalam sistem Kuasa-kuasa besar Eropah pada waktu itu.